Jika cintamu diberikan kepada manusia, kau akan merasai betapa peritnya perpisahan, pahitnya api cemburu yang membara, sukarnya untuk memahami, susahnya menjaga hubungan dari dugaan & cintamu kemungkinan diterima @ ditolak. Tetapi, jika cintamu diberikn sepenuhnya untuk Tuhanmu, kau tak akan pernah merasa kehilangan, tidak ada yang akan merebut cintaNya darimu, kau akan hidup bersamaNya dan tidak akan pernah berpisah denganNya kecuali kau sendiri yang menjauhiNya. Sesungguhnya, cinta yang paling membahagiakan adalah cinta pada Allah SWT.

Tuesday, May 8, 2012

pulau redang~

Assalamualaikum. Dah lama betul saya tak buka blogspot. Saya nak update diri pun, terlalu banyak nak diceritakan. By the way, saya ke redang bulan lepas. jomlah tengok gambar2 yang sempat di snap... pakai hp samsung je, jadi gambar biasa2 ajelah..


















Monday, October 10, 2011

"HOK ALLAH WAT COMEL BLAKO DOH,"

Assalamualaikum warahmatullah,


Buat semua bakal ummi...


"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik" - Ibnu-majah


Saya mengambil riwayat di atas kerana kita sudah melepasi level yang pertama, maka marilah kita panjatkan pujian dan rasa penuh syukur kepada Pencipta kita, ALLAH Yang Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana yang telah menganugerahkan seorang lelaki yang SUDI memperisterikan kita.


ALHAMDULILLAH, kita tidak lagi dibelenggu dengan persoalan jodoh.


ALHAMDULILLAH, kita tidak lagi mendengar pertanyaan orang,


"bila nak kawin?,"


"dah ada calon ke belum?"


"dah lama kenal, bila nak kawin nyer?"


ALHAMDULILLAH, kita tidak perlu memikirkan lagi tentang mencari seorang lelaki untuk dijadikan suami. ALHAMDULILLAH..




Kini, kita telah selamat berada di bawah naungan sang suami, ALHAMDULILLAH,..ingatkan selepas kahwin dah rasa lega.... tapi...


"dah ada ke blum?..."


"merancang ker?..."


"erm, x pandai la tu.. bla..bla"


"kawan tu kahwin sebelum kita, dah mengandung.... bla..bla..bla..."


"dah berapa lama kawin, x der lagi, tak pegi cek ke....?"


"anak tu datang dengan rezeki sendiri, buat ape tunggu lagi, tak baik tangguh2..."


"period ker?alaaaa.."


"ke mandul?"


uiishhh, sakitnya hati, sedih, tak ada mood, selalu menangis dan beremosi, macam2 dalam fikiran. Serabut mendengar pertanyaan begini, apa tidaknya, jika berjumpa dengan 100 orang, maka 100 oranglah akan bertanya perkara yang sama.


Relax.. Relax... sebentar tadi baru je kita bersyukur kerana kita telah selamat berada di bawah jagaan suami. Kita amat beruntung sebab sempat merasai nikmat perkahwinan dan pembinaan rumah tangga. Jadi...


Marilah pujuk hati kita, selalu-selalulah bercakap pada diri, "Aku sangat bersyukur pada-Mu Ya ALLAH yang telah memberi suami untukku, mudah-mudahan Kau kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah. Ameen"


Selalu-selalulah berbisik dalam hati sendiri "Semua ini ALLAH Yang Tentukan. Dia Pemberi Rezeki, Dia lah Sebaik-baik Penentu. Aku masih belum mengandung, mesti ADA HIKMAH nya.."





Ni Fatih Iskandar, anak saudara kesayangan!



Buat kawan2 yang tengah berusaha mendapatkan cahaya mata, teruskan berusaha. Tenangkan hati, perasaan sedih lontar jauh2. Cakap2 orang jadikan semangat walaupun berbaur sinis. Dan jangan sesekali berburuk sangka kepada ALLAH.


Ingat bahawa "HOK ALLAH WAT COMEL BLAKO DOH," Maksudnya, apa yang ALLAH tentukan semuanya baik, DIA tahu keadaan, masa, situasi macam mana yang sesuai untuk kita mengandung, beranak dan menjaga anak kelak.



Dan, kaum keluarga, sahabat handai yang berada disekeliling haruslah sentiasa memberi sokongan yang terbaik pada setiap masa. Sebaiknya, usahlah kerap bertanya jika kita tahu kakak, adik atau sahabat kita tu sensitif dalam hal-hal macam ni. Sebaliknya, sentiasalah berdoa yang baik-baik agar ukhuwah dan kasih sayang antara kita berpanjangan.



Semoga menjadi renungan buat semua bakal-bakal ibu. Biiznillah ;)

Tuesday, September 27, 2011

Melihat aurat saya

Salam. Sekadar berkongsi bahan bacaan dari http://ummuhusna99.blogspot.com
________________________________________________________________________


Kolam mata saya bergenang membaca satu emel yang dikirimkan oleh pihak editorial Majalah Solusi. Baris demi baris pada emel tersebut saya amati. Setitik demi setitik air mata menitis ke pipi. Saya menangis.

Bukan terharu kerana emel yang dibaca berisi pujian dan maklum balas positif terhadap artikel saya : Darurat Bukan semudah Itu ( Artikel asal : Zuriat Berkat ) yang disiarkan di dalam majalah tersebut, akan tetapi saya menangis kerana tersentuh dengan tindakan mulia seorang wanita semata-mata untuk menjaga iman serta maruah diri dan suaminya demi melahirkan zuriat yang dikasihi.

Berikut emel yang dikirimkan :

"Saya begitu meminati ruangan Tanbih yang ditulis oleh Puan Noraslina Jusin kerana setiap artikelnya pasti memberi kesan yang tersendiri kepada pembaca.

Begitu juga dengan tulisan Puan Fatimah Syarha Mohd Noordin yang begitu saya minati hinggakan tiap-tiap patah perkataan yang ditulisnya saya cuba hayati satu persatu.

Bersyukur kepada Allah kerana insan-insan yang istimewa dan berbakat ini terus dilimpahi idea dan ilham dariNYA untuk sama-sama berkongsi dengan kami, para pembaca yang dahagakan ilmu.

Namun, isu Tanbih, bertajuk Darurat Bukan Semudah Itu tulisan Puan Noraslina benar-benar menyentap hati dan perasaan saya sebagai seorang ibu.

Pengalaman saya mendapatkan rawatan kehamilan di klinik dan hospital kerajaan sejak anak sulung hingga anak yang ketiga seolah-olah menjadi 'igauan ngeri' buat saya hingga sekarang.

Bukannya masalah masa menunggu yang lama atau layanan khidmat diberi kurang memuaskan, sebaliknya saya menerima 'sentuhan' tangan dari doktor yang berlainan jantina.

Tidak dinafikan ketika itu, saya masih berada dalam keadaan yang jahil berpegang kepada konsep 'darurat'. Jadi saya menyimpulkan tidak mengapa mendapatkan rawatan doktor lelaki sepanjang tempoh kehamilan.

Namun, ada juga rakan yang bertuah kerana mendapat 'sentuhan' doktor muslimah sepanjang kehamilan dan proses bersalin berlaku di hospital kerajaan. Syukurlah.

Paling tidak dapat saya lupakan apabila doktor lelaki yang memasukkan ubat ketika proses induce bagi mempercepatkan kelahiran.

Walau ditemani seorang jururawat wanita, perasaan malu tetap menebal sepanjang proses memasukkan ubat induce berlaku.

Malah, ketika dalam labour room pun, saya perasan ada dua orang doktor pelatih lelaki berada berhampiran saya dan melihat aurat saya ketika hampir hendak bersalin!.

Semoga Allah mengampuni dosa saya dan suami ketika itu kerana tidak berusaha mendapatkan rawatan dari doktor muslimah di hospital swasta.

Namun, ketika mengandungkan anak yang keempat tahun lepas, saya berazam untuk tidak membenarkan diri disentuh doktor lelaki sepanjang kehamilan.

Harapan saya itu disuarakan kepada suami dan Alhamdulillah suami sangat memahami rasional di sebalik permintaan saya itu.

Ujian Allah datang lagi. Ketika memasuki trimester ketiga kehamilan, perniagaan saya dan suami benar-benar merosot dan kami menghadapi masalah kewangan yang agak serius.

Saya agak buntu, kerana hasrat di hati ingin bersalin dengan mendapat rawatan dari doktor muslimah, tetapi caj di hospital swasta agak mahal.

Sedangkan jika bersalin di hospital kerajaan, bayaran yang dikenakan sangat berpatutan, namun kita tidak boleh memilih doktor.

Akhirnya, saya menggadaikan gelang tangan, satu-satunya emas kesayangan milik saya, dengan harapan dapat bersalin di hospital swasta dengan berbidankan seorang doktor muslimah.

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya melahirkan seorang puteri dengan mudah, ditemani suami yang tidak putus-putus memberi semangat sepanjang proses kelahiran.

Sejak hamil, saya sudah berniat, andai bayi yang dikandung seorang puteri, biarlah dia menjadi seorang pakar perbidanan.

Semoga Allah membantu saya dan suami untuk mendidik anak perempuan kami ini berjaya menjadi doktor pakar Obstetrik dan Ginekologi apabila dia dewasa kelak.

Biarlah pengalaman saya dirawat doktor lelaki tidak dilalui oleh ibu-ibu hamil yang lain. Semoga lebih ramai wanita akan dapat menceburkan diri dalm bidang perbidanan, sekali gus menunaikan fardhu kifayah.

Sehingga kini, bayi saya berusia tiga bulan, membesar dengan sihat. Namun gelang emas kesayangan saya masih belum dapat ditebus. Biarlah gelang emas itu terus dalam lipatan sejarah kerana Allah telah mengurniakan seorang puteri yang saya impikan selama ini.

Hati terubat ketika membaca artikel Puan Noraslina Jusin kerana sekurang-kurangnya saya sudah memilih dan melakukan yang terbaik untuk mendapat zuriat yang berkat.

Hati juga terubat kerana saya telah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan diri disentuh oleh doktor wanita muslimah sepanjang kehamilan dan kelahiran bayi berlaku.

Sejujurnya saya agak kecewa kerana masih ramai di luar sana sempurna penjagaan auratnya di sepanjang masa, namun tewas ketika mendapatkan rawatan sepanjang kehamilan dan bersalin dengan doktor lelaki atas alasan darurat.

Ada yang berkata 'dengan doktor lelaki lebih mudah, lebih lembut layanannya'. Ada juga yang berkata 'doktor tu pun dah tak hairan dengan kita, sebab dia dah merawat ribuan pesakit, dah naik lali dah'.

Macam-macam alasan yang diberi untuk menghalalkan keadaan.

Harapan saya, agar isu ini dapat dikupas dengan lebih kemas dan teliti dalam keluaran yang akan datang.

Mungkin, masih tiada kesedaran atau tekad yang kuat untuk kita mendapatkan rawatan dari doktor muslimah sepenuhnya.

Wallahualam.

P/S : YA ALLAH, KEPADAMU JUA AKU BERSERAH DIRI. JADIKAN AKU ANAK, ISTERI DAN IBU YANG BERKAT.. AMEEN!

Tuesday, September 20, 2011

yang tak nampak...

"Manusia silap kalau asyik menganggap rezeki itu hanya dalam bentuk duit". Saya berterus terang dengan seorang teman 'A' yang dah mula berputus asa dalam pekerjaannya.

Saya baru kahwin, kos hidup untuk dua orang. Tambah kos setiap bulan untuk ke-empat-empat orang tua kami, tambah dengan atok dan adik-adik. Tambah tolak ia menelan belanja hampir RM1000. Belum lagi dengan hutang kereta, sewa rumah, bil elektrik, bil air, bil telefon, broadband, insurans, duit dapur dan lain-lain. Senang cerita, jika nilai sebenar di kira, mahu-mahu tak cukup duit gaji. Allahuarabbi....

Begitu juga dengan kisah teman saya si A tadi. Bujang, gaji tak sampai RM2k, tapi perlu beri mak ayah, adik2 duit setiap bulan. Dan ditambah lagi dengan belanja-belanja lain. Allahuarabbi, tak cukup lagi duit gaji!.

Kawan saya si B, gaji RM4k, masih bujang tetapi tetap menanggung mak ayah, adik-adik. Bila pakai kereta besar/mewah, hutang jadi lebih besar. Duduk rumah sewa mewah, kosnya juga tinggi. Oh, tak cukup juga rasanya gaji.

RM kecil tak cukup, RM besar pun tak cukup. Bila agaknya rasa cukup? Ini masalah yang sering melanda kita, bila gaji besar, selera mestilah besar, jadi hutang pun besar. Bila gaji sikit, belanja mesti sikit, tapi berdikit2 macam mana pun, hujung bulan, mesti habis. Lagi-lagi habis!




Astaghfirullah, ketika kita merungut duit habis, duit gaji tak cukup, duit itu, duit ini.... Mungkin kita tak sedar bahawa duit bukanlah punca rezeki kita semata-mata. Kita hidup hari ini bersama dengan orang yang kita sayang, itu juga bentuk rezeki. Kita berjalan ke tempat kerja dengan kaki yang masih elok, tidak berkerusi roda atau bertongkat, itu juga rezeki. Kita dapat makan dengan kenyang, perut tak buat hal, itu juga rezeki. Pendek kata, rezeki tu bukannya duit saja.

Manusia sering silap, dikaburi dengan definisi rezeki itu ialah duit, sedangkan rezeki itu apa sahaja yang kita kecap hari ini... pakaian yang kita pakai juga adalah rezeki, suami/isteri/teman serumah yang baik juga adalah rezeki, kita boleh menunaikan solat dhuha di pagi hari, juga adalah rezeki. Allah, banyaknya rezeki kita.....

Saya akui, dalam kegawatan nak pilihanraya sekarang ni, di mana goverment dah freeze jawatan kosong, claim pun susah nak buat, duit pengurusan pun freeze, harga barang asyik naik, manusia perlukan duit untuk kelangsungan hidup masing-masing. Saya pun, lelah memikirkan hal ni. Namun jangan sampai kita jadi hamba duit... kita mesti jadi Hamba Allah, agar hidup kita bermakna. Ujian dan nikmat itu dirasakan bermakna. Jangan sampai duit yang tak cukup hanya membuatkan kita putus asa, kalau macam tu nampak sangat kita hidup untuk duit. Kita silap...

Saya bercakap lagi dengan si A bahawa "rezeki itu Allah yang bagi, bukan manusia.. Sama-sama kita doa, ada rezeki lain yang Allah akan bagi, bukan sekadar duit". Sayangnya A terus menyalahkan majikan. Nah, bila manusia beranggapan hanya duitlah sebagai sumber rezeki, beginilah jadinya. Hampa dan kecewa bilamana majikan tak menggaji kita. Majikan itu manusia, kerajaan itu pun manusia, mereka tak mutlak dan akan mati. Kenapa sedih bilamana manusia tak bagi kita kerja, sedangkan Allah dah lantik kita berjawatan tinggi dari dulu lagi, menjadi Khalifah-Nya. Itu juga rezeki.



Sambil saya menaip, sambil saya teringat kerut2 dahi si A bila saya memotivasikan dirinya minggu lepas. Hopeless, itu perkataan yang sesuai dengan dia....saya cerita lagi,

"Gaji saya pun macam kamu, biasa-biasa. cukup untuk kami suami isteri, tak lebih tak kurang. Tu rezeki kami. Tapi yang lebih rezeki ialah bilamana saya dapat duduk bersama suami lepas kahwin. then, kerja pun setempat dengan suami. saya dapat pergi-balik ke tempat kerja dengan suami, saya dapat makan tengahari dengan dia dengan bekal yang kami bawa. Senang cerita, walaupun kami jauh nak balik kampung, 7-8jam, tapi rezeki kami ialah bilamana dapat sama-sama susah kat sini. Itu satu rezeki yang sangat luas, yang mana manusia tak nampak..."

"Cuba bandingkan dengan si C, dah kahwin, tapi duduk asing-asing. seorang di KL, sorang lagi kat sini. Walaupun gaji suami isteri ni besar, tapi mereka perlu men-double-kan living cost mereka. Dua-dua ada rumah sewa masing2 supaya senang bilamana hujung minggu dapat berjumpa dan tinggal di rumah tu. cuba kira kos ulang-alik KL-Dungun, darab dengan 4 kali seminggu.. Allah, tak dapat bayang berapa banyak yang perlu di spend untuk sebulan. Walau kawan2 selalu cakap, 'bapok besor gaji deme!", tapi ujian disebalik rezeki tu berbeza.. yang tu mereka tak nampak..." saya menambah.

"Kamu solo, rezeki kamu sekarang ialah status 'solo' kamu, masih belum ada ketaatan dan tanggungjawab terhadap suami. kamu bebas untuk mengorak hidup, planning dan macam-macam. Rezeki kamu juga sekarang ialah MASA. Masa senggang yang boleh digunakan untuk sambung belajar, untuk bekerja tanpa meminta izin dari suami untuk bekerja. Kakak saya perlukan masa setahun untuk mendapat kebenaran suaminya untuk bekerja. Pening dia dibuatnya. Bila kamu ada masa yang banyak daripada yang dah kahwin ni, boleh spendkan untuk family dan masyarakat secara total, yang mana banyak kebaikan yang kamu dapat daripada situ. Kan, masa pun rezeki kan, bukan sekadar duit...... yang tu yang kamu tak nampak.. Jadi, berhentilah merungut."

Si A diam seminggu. Tapi hari ini beliau kembali normal. Entah, dia ambil pusing atau tak dengan apa yang saya kata. Ikutlah, asalkan saya dah cakap apa yang sepatutnya saya cakap.

Dan sekarang saya termenung sekejap, memastikan bahawa hari ini saya telah menerima rezeki daripada Allah, supaya saya tak mudah kecewa dengan kehidupan. Ya, bangun pagi tadi, saya masih ada nyawa, itu rezeki pertama saya!.

Untuk yang masih terasa sempit dengan kehidupan hari ini, harap-harap kalian terasa betapa luasnya rezeki lepas baca entri ni. Positiflah, agar hari-hari kita sukses!

Wednesday, September 7, 2011

Ubat Daripada Sumber Khinzir & Pilihan Alternatif

Assalamualaikum,


Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda bagaimana untuk kita mengenal pasti ubat-ubatan yang mengandungi sumber khinzir. Satu cara yang paling penting ialah dengan membaca label pada produk ubat tersebut.


Tapi... macam mana kita nak tahu kalau kita tak paham istilah-istilah sains yang sering digunakan pada label ubat?


Dalam Bahasa Melayu, perkataan Babi atau Khinzir jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun kulit babi. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini.


Contohnya:


1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.


2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.


3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang

50kg.


4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.


5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.


6. Boar : Babi liar


7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.


8. Sow Milk : Susu BAbi

dan ada pelbagai istilah lagi...


Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan babi, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau label ubat. Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label yang bertulis "This product contain substance from porcine" bermaksud "Produk ini mengandungi bahan dari babi", atau label yang menyatakan "The source of gelatin capsule is porcine" bermaksud "Kapsul dari gelatin babi".


Contoh-contoh label produk yang mengandungi babi dan apa pilihan alternatif yang ada, didedahkan di dalam buku bertajuk "Ubat Daripada Sumber Babi & Pilihan Alternatif". Dengan keadaan produk ubat-ubatan kita yang banyak dicemari bahan haram maka rasanya wajib untuk anda memiliki buku ini.


Harap informasi ini dapat membantu anda. Jika terdapat kesalahan dalam nota ini, sila maklumkan asap. terima kasih.


(Diperoleh daripada email forward)